Covid-19: Individu masuk pusat tahanan di Sabah wajib disaring

0
3

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN mewajibkan setiap individu yang memasuki pusat tahanan di Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) baharu itu akan digunapakai di pusat tahanan di negeri itu bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

“Kita akan asingkan mereka daripada tahanan lama yang ada dalam pusat itu. Walaupun mereka negatif pun kita akan asingkan juga daripada tahanan lama sedia ada.

“Kalau positif kita akan hantar mereka untuk mendapatkan rawatan. Jadi memang kita akan asingkan seperti mana yang telah dilakukan di semenanjung di depoh tahanan Bukit Jalil dan lain-lain,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pusat tahanan baharu di Lahad Datu dan Tawau sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Tempat baru itu kita akan segerakan. Sedang dalam tindakan,” katanya

Semalam, seramai 391 banduan, tahanan dan 10 kakitangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau dikesan positif Covid-19 membabitkan Kluster Benteng LD di dua daerah tersebut. – Malaysiapost