Polis tahan lelaki cederakan kanak-kanak di taman permainan

0
2

POLIS manahan individu yang disyaki mencederakan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menggunakan pisau di taman permainan berdekatan rumah pangsa, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata siasatan di tempat kejadian mendapati suspek bersembunyi di sebuah unit rumah pangsa tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi telah berjaya menahan individu yang terlibat.

“Bertindak atas maklumat diterima, pada jam 5.49 petang, sepasukan polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah dibawa oleh keluarga ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 326 kanun keseksaan (dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya).

“Siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, suspek adalah jiran kepada mangsa dan motif masih dalam siasatan.

Suspek dikatakan mempunyai rekod pernah menjalani rawatan psikiatri sebelum ini.

Noor Dellhan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh hubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here