Malaysia ke Piala Asia, KV Kortrijk ucap tahniah

0
2

KEJAYAAN skuad muda negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B23 di Uzbekistan Jun tahun depan, turut mendapat perhatian kelab KV Kortrijk yang diwakili Luqman Hakim Shamsudin.

Menerusi satu ciapan di Twitter, kelab yang beraksi di Belgium Pro League itu mengucapkan tahniah kepada pemain muda berusia 19 tahun tersebut.

“Malaysia dan Luqman telah layak ke pusingan akhir Piala Asia B23. Tahniah Luqie,” ciap kelab tersebut.

Impian skuad muda negara mengesahkan slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia B23 menjadi kenyataan selepas skuad bimbingan Brad Maloney mengikat pasukan pilihan, Thailand dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi terakhir Kumpulan J di Stadium MFF di Mongolia semalam.

Ia sekali gus menyaksikan Malaysia muncul juara Kumpulan J dalam saingan kelayakan menerusi dua kemenangan dan satu seri daripada tiga perlawanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here