Kes harian Covid-19 turun bawah 5,000 hari ini

0
2
Kelihatan orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengeluarkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di Bank Simpanan Nasional sekitar Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mempercepatkan bayaran BKC mulai semalam dan melegakan penerima-penerima yang menanti bantuan yang telah dijanjikan kepada semua pihak yang terkesan.

KES harian Covid-19 hari ini turun di bawah angka 5,000 apabila melaporkan 4,979 kes baharu.

Kes baharu itu menurun sebanyak 875 kes, berbanding 5,854 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 2,471,642.

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here