Jasa, pengorbanan mendiang Masing dikenang sampai bila-bila – PM

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Tan Sri James Jemut Masing yang meninggal dunia, pagi tadi.

Beliau menyifatkan pemergian mendiang satu kehilangan yang besar kepada Sarawak dan negara.

Ismail Sabri berkata, mendiang Masing merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

“Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mendiang Masing dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.05 pagi tadi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

Difahamkan, Masing, 72, ditidurkan apabila komplikasi kesihatan semakin teruk dan pada minggu lalu dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, pada 31 Mei, adiknya, Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here