Bajet 2022: 35 NGO gesa tarik balik kebenaran jual rokok elektronik, vape

0
2

LEBIH 35 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk badan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menarik semula keputusan membenarkan penjualan rokok elektronik dan vape bernikotin di negara ini.

NGO berkenaan berkata pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 bahawa kerajaan bercadang mengenakan duti eksais terhadap produk cecair rokok elektronik dan vape mengandungi nikotin sebagai petanda awal untuk memberi kebenaran.

Sehubungan itu, mereka membantah kebenaran penjualan produk itu yang bakal menjadi satu lagi ketagihan dan terbukti
merbahaya untuk kesihatan fizikal dan mental rakyat. 

Jelasnya, keputusan itu bertentang dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2020 yang memberi amaran mengenai kesan rokok elektronik.

“Apa yang menyedihkan negara-negara ASEAN telah membuat pengharaman terus tetapi Malaysia menerajui pengeluaran, penjualan dan pengedaran di rantau Asia pula.

“Sungguh memalukan kerana ia merupakan produk berisiko tinggi kepada kesihatan.

“Ia jug tidak selaras keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2015 yang telah memutuskan bahawa rokok elektronik, termasuk vape adalah haram,” katanya.

Katanya, pihaknya juga bimbang terhadap aspek keberkesanan penguatkuasaan untuk mengawal penjualannya susulan masalah rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang masih berlaku.

Badan itu turut meminta 220 ahli parlimen mendesak Tengku Zafrul mempertimbangkan semula cadangannya dan pada masa mempersoalkan peranan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan.

“Bukankah YB baru sahaja melaungkan slogan-slogan agar rakyat mengamalkan gaya hidup sihat ketika negara sedang memasuki endemik ini?

“Bukankah pihak kementerian pula perlu memastikan Keluarga Malaysia yang disayangi ini bebas daripada sebarang risiko atau komorbiditi yang bakal menambah beban kos perawatan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here