Belanjawan 2022 beri manfaat kepada semua rakyat – PM

0
2

BELANJAWAN 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera merupakan tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, semua pihak mendapat manfaat daripada bajet tersebut termasuk penduduk desa, pekebun kecil, petani, mahasiswa, anak muda, peniaga, ibu yang mencorakkan keluarga, orang kurang upaya (OKU), penjawat awam hatta pendidikan anak-anak kecil.

Beliau berkata, penekanan besar turut diberikan untuk manfaat dan pembangunan rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam menjamin masa depan anak-anak kita dan masa depan negara,” katanya di Facebook, malam ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, negara juga bakal menerima liputan 5G dengan kadar capaian internet yang lebih meluas, sekali gus mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat dalam mendepani era digital.

Katanya, kesihatan rakyat turut terus dipertingkatkan termasuk menangani isu kesihatan mental dan kebajikan barisan hadapan kesihatan lebih terbela.

Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini, mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here