Sultan Johor nafi gambar tular berkaitan parti politik

0
2
JOHOR BAHRU 27 JUN 2019. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berucap dan merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru. IHSAN ROYAL PRESS JOHOR

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar menafikan gambar tular berhubung titah baginda terhadap sebuah parti politik.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam gambar berkenaan.

Baginda bertitah, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau pun melibatkan keluarga diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor) di media sosial rasmi.

“Ia merupakan satu kenyataan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dalam laman media sosial.

“Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial,” titah baginda.

Terdahulu, tular gambar memaparkan Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengaitkan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here