Johor sudah jadi ‘hinterland’ Singapura – Tun M

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuatnaik satu hantaran di media sosialnya berhubung empayar Johor, bertajuk Secebis Sejarah Negeri-Negeri Melayu.

Artikel tersebut dimuatnaik Ahli Parlimen Langkawi itu ketika pelbagai pihak masih mempersoalkan peranan beliau dalam ‘melepaskan’ Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada tahun 2019.

Dr Mahathir berkata, antara negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Empayar Johor adalah yang terbesar dan terkaya yang termasuk kepulauan di selatan Singapura, iaitu Riau, pulau-pulau Batam, Bentan dan beberapa yang lain.

Menurutnya, di zaman British peta Tanah Melayu tidak menunjukkan pulau-pulau tersebut.

“Kesannya ialah penduduk Malaya tidak sedar adanya banyak pulau di selatan Singapura. Lebih-lebih lagi mereka tidak tahu yang pulau-pulau ini adalah milik negeri Johor.

“Apa yang berlaku ialah di zaman kolonial tidak ada sesiapa yang bantah apabila Belanda menjadikan pulau-pulau ini sebagai sebahagian dari Dutch East Indies atau Hindia Timur Belanda.

“Apabila Belanda diusir oleh tentera Indonesia, pulau-pulau ini pun jadi sebahagian dari Republik Indonesia,” katanya.

Dr Mahathir berkata apabila merdeka, Malaya dan kemudian Malaysia tidak pernah menuntut pulau-pulau tersebut.

“Kita tidak pun sebut dalam sejarah bahawa pulau-pulau ini asalnya sebahagian dari Empayar Johor. Ahli Keluarga Hang Tuah, Hang Nadim meninggal di sana. Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam dinamakan dengan nama beliau.

“Sejarah mencerita pelbagai kejadian yang kita lupakan dengan sengaja. Kemegahan Empayar Johor dan besarnya wilayah Johor tidak pun disebut dalam sejarah Johor.

“Sebaliknya Johor sudah jadi “hinterland” Singapura, yang bergantung kepada Singapura untuk kemajuannya. Demikian kita bantu untuk Singapura jadi lebih luas dengan tanah kita,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here