Bajet 2022 fokus pulihkan kehidupan – PM

0
3

BAJET 2022 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada petang ini akan memfokuskan kepada usaha memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kerajaan akan terus komited membantu Keluarga Malaysia yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan, dalam usaha memastikan momentum pemulihan negara akibat krisis pandemik tidak terencat.

“Alhamdulillah, Jumaat yang penuh barakah, Mesyuarat Jemaah Menteri berjalan dengan lancar hari ini.

“Petang ini juga, Bajet 2022 yang memfokuskan kepada usaha memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Menerusi Bajet 2022 ini, kerajaan akan terus komited membantu Keluarga Malaysia yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan, dalam usaha memastikan momentum pemulihan negara akibat krisis pandemik tidak terencat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha memastikan keterangkuman iaitu tiada pihak yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan.

“Semoga Bajet 2022 yang bertemakan; Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang memberi jaminan tiada golongan yang terpinggir,” katanya. –
Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here