4 disyaki terlibat pelacuran ditahan

0
2

SERAMAI empat wanita warga asing ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur malam tadi.

Wanita berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan dalam operasi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata kawasan terbabit disyaki menjadi sarang pelacuran.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan itu berselindung di sebalik rumah pangsapuri persendirian dan mereka dipercayai baru sahaja beroperasi sejak tiga minggu lalu.

“Hasil tangkapan yang dilakukan, polis merampas wang tunai RM300, kondom pelbagai jenama, minyak urut dan minyak pelincir.

“Kesemua suspek kini telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Scksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahguna permit pekerjaan.

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terlibat dalam aktiviti kurang sihat seperti ini memandangkan wabak covid 19 masih lagi aktif berleluasa.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here