PRN Melaka: Armada tingkat gerak kerja

0
4

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu akan mempertingkatkan kualiti gerak kerja bagi membantu parti itu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ia juga sebagai persiapan mengukuhkan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta mendapatkan sokongan golongan muda menerusi pelaksanaan Undi 18.

Sehubungan itu, katanya, Armada akan membantu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ketiga-tiga perkara itu bagi memperoleh keputusan yang mampu mengangkat dan membela suara rakyat.

“Terima kasih Ayahanda Tan Sri Presiden (Muhyiddin). Alhamdulillah pagi semalam saya bersama rakan-rakan Ahli Jawatankuasa Armada Bersatu Malaysia, Pengerusi-Pengerusi Biro dan Ketua-Ketua Armada Negeri meluangkan masa bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu.

“Sesi Perjumpaan Khas yang diatur oleh Ibu Pejabat Parti ini memberi ruang kepimpinan Armada untuk melontarkan pandangan serta hasrat Armada dan anak-anak muda secara amnya.

“Ayahanda Tan Sri menyampaikan pesanan dan hala tuju yang perlu Armada galas dan jayakan. InsyaAllah, kami akan usaha sebaiknya!

“Dalam mendepani PRN Melaka, PRU15 dan Undi18, Armada akan tingkatkan kualiti gerak kerja, untuk membantu Presiden dan Bersatu untuk peroleh keputusan yang mampu mengangkat dan membela suara rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut mendoakan segala urusan mereka dalam menghadapi semua perkara itu dipermudahkan oleh Allah.

“Terima kasih Abah! moga segenap urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here