PM harap pembentangan Bajet lancar

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi meninjau penyediaan terakhir Bajet 2022 di Kementerian Kewangan Malaysia.

Perdana Menteri diiringi Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz serta dua timbalannya, Mohd Shahar Abdullah serta dan Yamani Hafez Musa.

“Semoga Allah memberi kelancaran dalam segala persiapan dan memudahkan proses pembentangan Jumaat ini, InsyaAllah,” kata Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebooknya lewat malam tadi.

Bajet 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat petang esok.

Ia adalah belanjawan pertama dibentangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu.

Sementara itu Tengku Zafrul merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa menjenguk pasukan Kementerian Kewangan (MOF) yang dalam peringkat akhir penyediaan Bajet 2022.

Katanya, walaupun sudah lewat malam, warga MoF masih bertungkus-lumus memastikan Bajet 2022 adalah bajet yang berimpak tinggi dan mengambilkira keperluan semua pihak.

“Dalam merealisasikan matlamat Keluarga Malaysia, Bajet 2022 akan menjadi nadi pemulihan ekonomi negara serta menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran bagi memastikan ‘no one is left behind’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here