Ulama PAS wajar tabayyun, Asyraf Wajdi nafi keluar kenyataan bongkak

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bongkak bahawa Umno telah biasa bertanding sendirian dalam pilihan raya selama 60 tahun.

Sehubungan itu katanya, ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Mokhtar Senik yang membuat dakwaan tersebut seharusnya menyemak dahulu sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan itu seperti dilaporkan Malaysiakini.

“Saya menghormati saudara saya Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik. Namun, dalam komentarnya (yang saya masih berharap disalah lapor oleh Malaysiakini) seharusnya sebagai seorang ulama, wajar semak dahulu (tabayyun).

“Sama ada benarkah saya pernah mengeluarkan kenyataan yang kononnya memaparkan berita “60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf”.

“Mana mungkin saya keluarkan kenyataan yang faktanya pun tidak betul kerana Umno tidak pernah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Asyraf Wajdi berkata seawal Pilihan Raya Umum Tanah Melayu pertama pada 1955, Umno bergabung dengan pelbagai parti lain membentuk gabungan dikenali Parti Perikatan sehinggalah pada 1973 apabila Barisan Nasional (BN) ditubuhkan dengan tambahan gabungan parti-parti lain termasuk PAS.

Sehingga PRU14 lalu, katanya, Umno masih bertanding bersama pelbagai parti-parti komponen lain dalam BN.

Justeru, tidak benar saya ada mengeluarkan kenyataan bahawa Umno biasa bertanding sendirian selama 60 tahun sehingga memperlihatkan seolah-olah kenyataan yang bongkak dan sombong sebagaimana didakwa,” katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan Mokhtar
‘mentarbiah’ Pemuda Umno berhubung isu hubungan antara kedua-dua parti yang ketika ini dilihat tidak menentu.

Tangkap.layar hantaran Mokhtar Senik di Facebook

Mokhtar dilaporkan berkata apabila Tuhan memberi peluang untuk sesuatu pihak menjadi insaf, peluang tersebut perlu direbut segera dan ia juga kesempatan mengenal rakan dan lawan.

Beliau juga mengingatkan bahawa kesombongan hanya akan mengundang kehinaan kepada pihak terbabit.

Mokhtar turut berkongsi tangkap layar laporan media yang memetik laporan media bertajuk “60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf” yang didakwa dikeluarkan Ketua Pemuda Umno itu.

Sementara itu Asyraf Wajdi berkata beliau terpaksa menulis hantaran tersebut bagi memperbetulkan dan bukan bermaksud untuk berbalah dengan sesiapa.

Ini kerana katanya ramai juga yang termakan dengan paparan tajuk berita berbaur fitnah hingga memperlihatkan seolah-olah beliau bongkak dan sombong dalam mengeluarkan kenyataan yang hakikatnya tidak pernah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here