PRN Melaka permulaan Umno sebelum medan pertempuran PRU15 – Zahid

0
2

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan adalah saat untuk pendokong Umno membuktikan kemuafakatan dan mempersembahkan sebuah kekuatan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata menerusi PRN Melaka, jangan ada lagi penyokong Umno yang terkilaf keteguhan hati kerana itu akan melemah dan meruntuhkan Umno seperti suatu ketika dulu.

“Umno rumah kita sejak dulu kini dan selamanya maka hayatilah, fahamilah jasa dan bakti serta kesetiaannya. Renungilah, pelajarilah dan insafilah apa yang terpaksa rakyat dan negara hadapi apabila Umno tertewas angkara tipu daya 2018.

“Kini tiba masa untuk kita bergandingan bahu, berpakat dan bersama menebus kebenaran,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid berkata PRN Melaka adalah permulaan bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ke medan pertempuran paling utama iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Maka menangilah dan kuasailah ia sebagai azimat penguat semangat demi UMNO untuk agama, bangsa, negara. Ketepikan suara-suara yang cuba meleraikan dan melemahkan kerana kini masa untuk Umno bangkit.

“Orang Melaka tegakkanlah panji-panji Umno dan BN penuh megah di seluruh Melaka apabila tiba masanya. PRN Melaka permulaan kita. PRU-15 merupakan destinasi kita. Kemakmuran rakyat dan negara adalah misi kita,” katanya.

PRN Melaka dijadualkan berlangsung 20 November 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here