Faizal nafi persoal pendedahan Pandelela

0
2

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau mempersoalkan tindakan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan mengenai jurulatih yang membuat lawak berbaur lucah. 

Sebaliknya, Ahmad Faizal berkata apa yang dinyatakan beliau semalam adalah untuk mengetahui perkara sebenarnya berlaku dengan lebih lanjut. 

“Saya tidak langsung mempersoalkan apa yang diadukan oleh @Pandelela_R. 

“Apa yang saya katakan adalah untuk mngetahui lebih lanjut apa yang berlaku. Ini perkara yang sangat serius, kita mesti pastikan persekitaran selamat untuk atlet negara di semua peringkat. 

“Lela saya bersama kamu,” kata Ahmad Faizal menerusi satu ciapan di Twitter hari ini. 

Terdahulu Pandelela mempertahankan tindakannya mendedahkan mengenai jurulatih yang membuat lawak berbaur lucah.  

Katanya, pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai selain sebagai sokongan kepada mereka yang pernah berhadapan dengan situasi sama.  

“Saya berkongsi pengalaman “tidak begitu baik” saya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang selalu dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.  

“Yang paling penting, pelaku dan penyokongnya tidak boleh diangkat. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.  

Semalam Ahmad Faizal berkata beliau telah berjumpa dengan beberapa atlet negara berhubung isu berkenaan, namun belum memperincikan maklumat lanjut kepada umum.  

Ahmad Faizal juga memberitahu seakan ‘tertanya-tanya’ mengenai pendedahan atlet renang itu memandangkan isu gangguan seksual dilalui ratu terjun negara itu sudah berlaku sejak sekian lama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here