‘Saya kongsi pengalaman untuk kesedaran’ – Pandelela

0
3
https://www.facebook.com/photo/?fbid=376328333841869&set=p.376328333841869

RATU terjun negara Datuk Pandelela Rinong mempertahankan tindakannya mendedahkan mengenai jurulatih yang membuat lawak berbaur lucah.

Katanya, pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai selain sebagai sokongan kepada mereka yang pernah berhadapan dengan situasi sama.

“Saya berkongsi pengalaman ‘tidak begitu baik’ saya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang selalu dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.

“Yang paling penting, pelaku dan penyokongnya tidak boleh diangkat. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Baru-baru ini, Pandelela mendedahkan seorang jurulatih sering kali membuat lawak berbaur lucah.

Katanya, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mampu mendiamkan diri atau berpura-pura untuk ketawa kerana berasa bimbang dan takut.

Lebih memeritkan keadaan, Pendelela mengakui pernah menegur tindakan jurulatih berkenaan, namun malangnya tindakan beraninya itu menyebabkan jurulatih berkenaan membulinya kembali.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah berjumpa dengan beberapa atlet negara berhubung isu berkenaan, namun belum memperincikan maklumat lanjut kepada umum.

Ahmad Faizal juga memberitahu seakan ‘tertanya-tanya’ mengenai pendedahan atlet renang itu memandangkan isu gangguan seksual dilalui ratu terjun negara itu sudah berlaku sejak sekian lama.

Dalam pada itu, beliau juga akan berhubung dengan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengetuai kementerian itu ketika kes berkenaan berlaku. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here