Awas perokok, anda diperhatikan

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di tempat awam yang dijalankan serentak dengan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang memaklumkan petugas KKM akan sentiasa berada di lapangan bagi memantau mana-mana individu yang merokok di premis makanan.

“Susulan arahan untuk penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap larangan merokok di tempat awam, @KKMPutrajaya
akan sentiasa berada di lapangan untuk melaksanakan operasi pematuhan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar individu dikenakan kompaun oleh petugas kesihatan kerana ingkar larangan merokok di tempat awam.

Baru-baru ini, Khairy berkata penguatkuasaan ke atas larangan merokok di premis makanan akan dipertingkatkan.

Sehubungan itu beliau mengarahkan bahagian penguatkuasaan untuk turut sama memantau perkara itu ketika melakukan pemeriksaan pematuhan SOP pandemik Covid-19.

Sebelum ini, ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) usaha memperkasa larangan merokok di tempat awam seperti kedai makan telah menjadi antara agenda utama KKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here