Covid-19 tidak sihat untuk manusia, KJ jawab penganalisis politik

0
3

“COVID-19 tidak sihat untuk manusia, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”

Itu respon Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin susulan kenyataan seorang penganalisis politik yang berkata, tindakan KKM mengharamkan perhimpunan awam bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan memberi kesan tidak sihat kepada demokrasi.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di laman Twitternya, hari ini.

Semalam penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dilaporkan berkata larangan KKM berhubung aktiviti berkempen bagi PRN Melaka akan memberi kesan dan merosakkkan sistem demokrasi negara.

Katanya, larangan tersebut akan menamatkan kebanyakan bentuk kempen fizikal atau bersemuka.

Awang Azman turut menyatakan larangan itu bertentangan dengan semangat demokrasi dan pilihan raya yang sebenar.

Ahad lalu, Khairy mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan, termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya.

Beliau menegaskan ia bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes dengan mendadak.

Larangan tersebut berkuatkuasa bermula 25 hingga 27 November 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here