92 kematian akibat Covid-19, 11 kes BID

0
2

KES kematian harian akibat Covid-19 di seluruh negara merekodkan 92 kes semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (brought-in-dead atau BID).

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 telah mencecah 28,492 manakala bagi kes BID meningkat kepada 5,751.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 602 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 59.8 peratus, namun empat negeri/wilayah masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (74.2 peratus), Sarawak (73.9 peratus), Pulau Pinang (70.8) dan Kuala Lumpur (70 peratus).

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan 300 kes setakat semalam berbanding lebih 900 pada awal Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here