870,00 rakyat hilang pekerjaan terima bantuan tunai RM500 mulai esok – PM

0
2
ismail sabri

HAMPIR 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada 2021 akan menerima Bantuan Kehilangan
Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 yang akan diberikan secara ‘one-off’ mulai esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata BKP itu diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber
pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.

Menurutnya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

“Bagi membantu rakyat yang terkesan, BKP sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga
Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berharap semoga bantuan berkenaan dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here