Siasat laporan data rakyat Malaysia dikumpul perisikan China

0
4
PUTRAJAYA, 8 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kerajaan setuju membenarkan pembukaan semula sektor peniagaan berkaitan sukan seperti gimnasium, dewan tertutup, kompleks sukan dan pusat snuker bermula 15 Jun ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PIHAK berkuasa diminta menyiasat kesahihan laporan yang mendakwa sebuah syarikat berkaitan tentera dan perisikan di China mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran disebalik laporan itu tidak jelas, dan siasatan perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kadang-kadang kita dengar berita banyak tidak jelas kebenarannya, jadi saya minta perkara ini disiasat dahulu.

“Data peribadi sepatutnya dilindungi, sebab kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di mana data peribadi setiap individu dalam negara (rakyat Malaysia) dilindungi, jadi kalau ada kes seperti ini kita harap pihak berkuasa berkaitan siasat, lepas itu barulah kita boleh ambil tindakan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah agensi berita antarabangsa bahawa, sebuah syarikat China yang mempunyai kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan di China, dilaporkan mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.

Berdasarkan laporan tersebut jumlah itu adalah antara data 250,000 individu yang bocor daripada pangkalan data Zhenhua Data, yang menyimpan maklumat 2.4 juta orang. -Malaysiapost.