Beberapa agensi diarah siasat laporan Pandora Papers – Wan Junaidi

0
2
https://www.facebook.com/2140159596232574/photos/pb.100057261198360.-2207520000../3078224539092737/?type=3

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan beberapa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap laporan Pandora Papers.

Siasatan tersebut antaranya melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, penggunaan akaun luar pesisir semata-mata bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Labuan kecuali terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat.

“Merujuk kepada laporan pihak The Coverage berkaitan pengaliran keluar dana sebanyak RM 1.8 trillion dan nama-nama individu lain seperti ahli-ahli keluarga mantan-mantan Perdana Menteri, laporan itu sebenarnya tidak merujuk kepada Pandora Papers semata-mata.

“Sebaliknya maklumat pengaliran dana tersebut dinyatakan dalam laporan Global Financial Integrity (GFI) manakala nama-nama tambahan tersebut adalah daripada pendedahan-pendedahan lain oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) seperti Paradise Papers dan Panama Papers,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Anwar Ibrahim (Port Dickson-PKR) mengenai kesediaan kerajaan berikutan pendedahan Pandora Papers melibatkan beberapa anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Rakyat serta bekas anggota pentadbiran negara.

Wan Junaidi berkata, laporan GFI mengenai aliran keluar kewangan haram bagi Malaysia adalah terlebih nyata kerana ianya tidak mengambil kira ‘Rotterdam effect; serta menganggap errors and omissions (E&O), yang sebagai bersamaan dengan aliran kewangan haram.

“Justeru, mengaitkan pendedahan yang dibuat oleh ICIJ dan laporan yang dikeluarkan oleh GFI adalah sesuatu yang kurang tepat dan boleh mengelirukan kerana kedua-duanya merupakan organisasi berbeza dengan pelaporan berbeza,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Datuk Seri Wan Junaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here