Arak jenama Timah: Penjual, pembeli perlu ada tanggungjawab bersama – Gerakan

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634444543597","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

RAKYAT Malaysia tidak kira penjual atau pembeli harus mempunyai sikap tanggungjawab bersama dalam diri masing-masing dalam isu penjualan arak jenama ‘Timah’, kata Setiausaha Agung Parti Gerakan, Mah Kah Keong.

“Sebagai rakyat Malaysia, wajib menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan. Kita juga mengetahui orang Islam tidak boleh ‘haram’ minum atau berurusan berkaitan arak.

“Jadi tanggungjawab bersama untuk memahami itu penting demi kesejahteraan negara.

“Malah agama Islam tidak menafikan hak-hak orang bukan Islam untuk meminum atau membuka kilang arak tetapi harus mengikut peraturan serta undang-undang Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampai dasar-dasarnya dalam Persidangan Perwakilan Parti Gerakan peringkat Wilayah Persekutuan semalam.

Dalam pada itu Kah Keong menjelaskan, parti politik di Malaysia harus menjadi pembesar suara dan membela sekiranya maruah agama Persekutuan dicabul.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin negara harus memainkan peranan penting dalam isu ini kerana seorang pemimpin sepatutnya mengetahui perbezaan bukannya menimbulkan konflik.

“Biarpun ada pihak yang mengatakan perbuatan tutup kilang adalah zalim tetapi tidak perlu membetulkan apa yang salah.

“Sebagai parti politik dan juga ‘penggubal dasar’, saya menyeru pihak berwajib meneliti semula dasar-dasar baharu berkaitan isu ini agar memberi kebaikan kepada semua pihak,” tegasnya.

Katanya lagi, zaman Nabi Muhammad SAW senantiasa berlaku adil biarpun kepada orang bukan Islam, antaranya ‘mewajibkan’ pertolongan diberikan kepada bukan Islam.

“Ini menunjukkan pentadbiran di bawah seorang yang beragama Islam bukanlah zalim tetapi lebih kepada menjaga hak dan keamanan negara,” katanya.

Beliau juga menyeru agar semua pihak mengambil hikmah atau kebaikan kenapa Islam mengharamkan arak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here