PN terus sokong Kerajaan Persekutuan – Ahmad Faizal

0
2

PERIKATAN Nasional (PN) tidak akan menarik sokongan terhadap kerajaan Persekutuan meskipun kemungkinan berlaku pertembungan dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata PN komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan pengundi Melayu tidak berpecah dalam PRN berkenaan.

“Kita akan memastikan penubuhan kerajaan Melaka yang baharu akan ditadbir orang yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat dan bukan dalam kalangan mereka yang mementingkan kumpulan atau diri sendiri.

“Kita yakin dengan kebolehan dan akan membariskan calon berpotensi. Kita yakin jika kita benar-benar bekerja dengan penuh ikhlas dan niat kerana Allah, Allah akan bukakan hati pengundi di Melaka untuk memilih PN,” katanya memetik Berita Harian.

Ahmad Faizal berkata, seperti dinyatakan Presiden Bersatu dan juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya memang mahu bekerjasama dengan semua parti yang hendak membangunkan negara dan melakukan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Tidak terlintas pun pada pemikiran (menarik sokongan) kita kerana kerajaan sedang berjalan dengan baik dan gagasan Keluarga Malaysia sedang diusahakan dengan meriah,” katanya.

Mengulas kemungkinan pertembungan itu menjejaskan hubungan dengan Umno di peringkat pusat, beliau yakin hubungan baik yang terjalin sekarang dapat diteruskan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here