JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada mengeluarkan kenyataan kononnya mengisytiharkan haram bagi juruterbang wanita untuk menerbangkan pesawat semasa berada di dalam ‘cockpit’ (kokpit).
Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Jakim menegaskan maklumat yang tular di media sosial tersebut adalah palsu.
Jakim turut berkongsi satu poster berhubung hantaran palsu tersebut.
“Maklumat mengenai perkara ini adalah palsu dan bukan dari sumber JAKIM. Mohon hentikan penyebaran,” kata hantaran itu.
Menerusi perkongsian Jakim, tertera poster bergambar yang ditulis dengan ayat dalam Bahasa Inggeris yang mana terjemahannya adalah seperti berikut:
“Jakim mengisytiharkan bahawa adalah haram bagi juruterbang wanita untuk menerbangkan mana-mana pesawat semasa berada di dalam ‘cockpit’ (kokpit).
“Diarahkan Malaysia Airlines, AirAsia, FireFly dan Malindo Air untuk menamakannya sebagai ‘catpit’ untuk mengelakkan lesen syarikat penerbangan DCA mereka ditarik.” – Malaysiapost

