Jenazah Mamat Khalid akan dikebumikan di Paloh, Ipoh

0
1
mamat khalid

JENAZAH pengarah dan penerbit, Mamat Khalid dijangka dikebumikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh, Ipoh.

Allahyarham Mamat, atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, yang meninggal dunia pada 12.30 malam tadi, akan disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar jam 11.30 pagi ini.

Bagi pihak ahli keluarga Mamat, mereka memohon agar tidak memuat naik gambar jenazah Allahyarham di media sosial.

Perkara tersebut dinyatakan di hantaran Instagram milik Allahyarham Mamat, dimuat naik oleh ahli keluarganya.

“Assalamulaikum semua.. pihak keluarga abang Mamat Khalid mohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jenazah arwah abang Mamat Khalid, terima kasih,” kata hantaran itu.

Pengarah terkenal itu dilaporkan jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan dan lima cahaya mata. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here