Singapura longgar sekatan kepada pelawat dari Malaysia, 14 negara lain

0
2

SINGAPURA akan melonggar sekatan bagi pelawat dari beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kebenaran itu susulan negara-negara itu akan diklasifikasi sebagai negara Kategori III mulai jam 11.59 malam 26 Oktober, lapor Berita Harian Singapura.

Ini bermakna pelawat dari negara-negara tersebut sama ada divaksin atau tidak, boleh memilih untuk menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) 10 hari di tempat penginapan pilihan mereka yang sesuai, sama ada di rumah, hotel atau apartmen servis.

Mereka tidak perlu menjalani kuarantin di kuarantin khusus, kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam.

Menurut MTF selain tiga negara tersebut, negara-negara lain yang akan dimasukkan dalam Kategori III itu termasuk Kemboja, Mesir, Hungary, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga dan Vietnam.

Antara lain, pelawat perlu menggunakan alat pemantauan elektronik semasa tempoh SHN ini.

“Pelawat yang akan tinggal bersama individu rentan yang tidak divaksinasi amat digalakkan untuk menjalani SHN secara pengasingan di bilik berlainan dan mengurangkan kontak dengan isi rumah yang rentan.

“Pelawat juga mesti mengambil pengangkutan persendirian ke tempat tinggal atau penginapan yang diisytihar dan tidak dibenarkan mengambil pengangkutan awam, iaitu bas atau kereta api awam,” kata MTF dalam kenyataan. – Malaysiapost

.

Foto kredit: detik.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here