Akar umbi Umno, PAS lebih selesa agenda Muafakat Nasional

0
1

AKAR umbi Umno dan PAS lebih selesa bersama dalam Muafakat Nasional (MN), kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pemimpin di peringkat bawah kedua-dua parti bersentimen demikian susulan pengalaman 22 bulan menggerakkan agenda MN sehingga termeterai Piagam MN dalam Himpunan Penyatuan Ummah di ibu negara pada 14 September 2019.

“Rata-rata sentimen akar umbi tidak kira Umno atau PAS di peringkat bawahan lebih selesa bersama setelah hampir 22 bulan menggerakkan agenda muafakat hingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional di atas linangan air mata,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Piagam MN yang ditandatangani Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengandungi enam perkara, antara lain emperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera.

Asyraf Wajdi turut berkongsi kisah pertemuannya dengan Timbalan Yang Dipertua PAS Sepang, Yusmi Hanif ketika kebetulan bertemu semasa membantu penduduk beberapa kampung di Sepang yang dilanda banjir, semalam.

“Tolonglah beritahu kepimpinan atas, kita kukuhkan kembali Muafakat dengan Umno. Kami akar umbi sokong penuh,” Yusmi seperti dikongsikan Asyraf Wajdi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here