Nilam Oshman
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi telah berjaya mengumpul sebanyak RM31,000 bagi membantu tahfiz Maahad Tahfizul Al-Quran Anawiyah Ulu Langat, namun masih belum mencukupi.
Menurut Aznil atau Pak Nil, dana diperlukan bukan saja untuk membaik pulih bangunan usang, malah maahad tahfiz itu berdepan kesukaran kewangan untuk menampung kos penyediaan makanan anak-anak tahfiz.
“Selain itu, Maahad ini berhutang gaji dengan ustaz-ustaz, bayaran elektrik dan air tertunggak, kenderaan rosak dan lain-lain lagi,” katanya menerusi Instagram.

Kelmarin, Aznil telah menyumbangkan RM31,000 tersebut kepada tahfiz berkenaan hasil derma orang ramai.
Sehubungan itu, beliau memohon agar ada pihak yang tampil memberi sumbangan supaya pembelajaran anak-anak tahfiz ini dapat diteruskan.
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank (Aznil Nawawi) 564735801178.
