‘Peace’ atau ‘Victory’? Soal Kadir Jasin kepada PM

0
3

BEKAS Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin menyoal tanda ‘peace’ oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bergambar bersama pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, baru-baru ini.

“Dalam gambar sosial media, Perdana Menteri kelihatan seperti membuat isyarat ‘peace’ (keamanan) atau boleh jadi juga ‘victory’ (kemenangan).

“Yang sahih menang adalah remaja di sebelah Muhyiddin itu, Veveonah Mosibin. Dia berjaya membuktikan fitnah dan pembohongan Timbalan Menteri Muhyiddin iaitu Zahidi Zainal Abidin dan Abdul Rahim Bakri.
“Sekarang semua oportunis mahu kelihatan bergambar bersama “budak atas pokok” ini (meminjam ungkapan Menteri Muhyiddin, Tan Sri Annuar Musa),” katanya menerusi Facebook hari ini.

A Kadir juga berharap Veveonah pandai menjaga diri agar tiada pihak mudah mengambil kesempatan terhadap popularitinya.

“Harap-harap Veveonah tidak membenarkan status selebritinya dieksploitasi oleh para pemburu publisiti,” ujarnya.

Katanya, perjumpaan itu tidak membawa apa-apa makna namun kerajaan perlu mengambil perhatian nasib orang pendalaman.

“Bagi Muhyiddin, tidak ada kedamaian dan kemenangan selagi nenteri dan timbalan menteri kategori “broiler chicken” (ayam pedaging) tidak dihantar ke rumah sembelihan.

“Boleh raikan Veveonah kerana kecekalannya. Tetapi kecelakaan tentang akses kepada internet yang terhad di pedalaman ini bukan membebankan Veveonah seorang saja.

“Ramai lagi di pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung menderita hal yang sama,” katanya. – Malaysiapost