Tealive diyakini halal, jangan viral yang bukan-bukan – Zahazan

0
2
Pendakwah Bebas, Datuk Dr Zahazan Mohamed bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo menunjukkan sijil halal Tealive di Ibu Pejabat Tealive Kota Damansara hari ini.

Nurul Huda Abhar

PENDAKWAH bebas, Datuk Dr Zahazan Mohamed menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa premis makanan dan minuman jenama Tealive adalah haram.

Sebaliknya, beliau memuji cara pemprosesan produk tersebut yang diyakini bersih selari dengan pengiktirafan sijil halal diperoleh jenama tersebut.

“Alhamdulillah saya lihat tempat ini bersih. Seperti yang kita lihat mereka dapat sijil halal. Mereka membuat makanan dan minuman yang baik merangkumi keperluan semua.

Pendakwah Bebas, Datuk Dr Zahazan Mohamed melawat Ibu Pejabat Tealive atas jemputan Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo di Kota Damansara hari ini.

“Saya lihat pemprosesan (produk) bersih, pencapaian halal yang mengagumkan,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Tealive di Kota Damansara hari ini.

Turut hadir Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo dan Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan.

Zahazan berkata, usaha Tealive mengambil pekerja dalam kalangan anak-anak muda perlu dicontohi kerana membuka peluang pekerjaan dalam masyarakat.

Pendakwah Bebas, Datuk Dr Zahazan Mohamed melawat Ibu Pejabat Tealive atas jemputan Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo di Kota Damansara hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berharap penggiat industri makanan dan minuman mempraktikkan idea-idea dilakukan jenama tersebut khususnya bagi usahawan muslim.

“Tahniah kepada Bryan dan tim yang sangat berdedikasi. Orang muda juga ramai. Malah ayahnya juga terlibat sekali.

“Kita orang Islam perlu belajar semangat seperti ini, daripada kita viralkan yang bukan-bukan dan tidak betul,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo

Sementara itu, Bryan amat berbesar hati menerima kunjungan Zahazan dan tidak melepaskan peluang membawanya melawat di sekitar premis untuk melihat sendiri cara pemprosesan produk Tealive.

“Dalam lawatan ini kami membawa Datuk (Zahazan) melihat di sebalik tabir bagaimana produk kami dihasilkan. Terima kasih atas lawatan ini dan perkongsian pengalaman menarik beliau bersama Tealive,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here