12 juta kit ujian kendiri Covid-19 telah berada dalam pasaran – Rosol

0
1

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengenal pasti 7,000 premis kedai serbaneka dan pasar raya yang memenuhi kriteria dan syarat penjualan kit ujian kendiri Covid-19.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini lebih 12 juta kit ujian kendiri Covid-19 sudah berada dalam pasaran dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Peningkatan bekalan kit ini sejajar pertambahan bilangan syarikat pengimport dan pengedar yang diluluskan oleh pihak berkuasa peranti perubatan (MDA) iaitu sebanyak 41 syarikat setakat ini.

“Akses rakyat untuk mendapatkan kit ujian kendiri ini juga akan bertambah baik di mana penjualan kit ini dijangka akan diperluaskan ke lebih banyak premis selain farmasi dan klinik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Negara hari ini.

Rosol berkata, usaha tersebut boleh memudahkan akses rakyat untuk mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian.

Katanya, kemudahan disediakan kerajaan itu selaras dengan kebenaran rentas negeri, pembukaan sektor ekonomi dan pelancongan serta pembukaan sekolah secara menyeluruh dalam tempoh terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here