KES harian Covid-19 hari ini mencatatkan 31 kes baharu, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia kini 9,946 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini kini 615 kes.
Beliau berkata, daripada 31 kes baharu itu, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, iaitu Indonesia.
Dr Noor Hisham berkata, daripada 28 kes penularan tempatan, 19 kes adalah warganegara Malaysia manakala sembilan lagi bukan warganegara.
Katanya, bagi Kluster Benteng LD sebanyak 5,402 telah disaring dan sebanyak 17 kes baharu telah dikesan positif Covid-19.
“Sehingga hari ini, terdapat 11 kes Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 128 iaitu 1.29 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – Malaysiapost

