Kes harian Covid-19 terus turun, kekal bawah 6,000

0
3
Seorang polis KTM Berhad memantau dan mengawal orang ramai supaya tidak melebihi garisan kuning sebelum ketibaan ETS KTM Berhad di KL Sentral hari ini.

MALAYSIA terus mencatat penurunan kes baharu Covid-19 dengan 5,516 kes dilaporkan hari ini.

Kes jangkitan baharu itu menyaksikan Malaysia mencatatkan kes di bawah angka 6,000 buat hari ketiga berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi, memaklumkan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,407,382 kes.

Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-18 berturut-turut.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengakui trend menunjukkan Malaysia semakin pulih daripada pandemik Covid-19.

Aanalisis situasi semasa jangkitan Covid-19 mendapati penularan wabak berkenaan akan pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here