Gempa bumi di Bali, Nurul dan keluarga baik-baik sahaja

0
2

PENYANYI Nourul Depp menzahirkan ucapan terima kasih kepada sahabat artis dan kenalan yang bertanya khabar dirinya dan keluarga berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia.

Pelantun lagu Kerana Terluka itu memaklumkan dia sekeluarga berada dalam keadaan selamat, dan tidak mengetahui mengenai insiden gempa bumi tersebut kerana berada jauh di kawasan yang mengalami gegaran.

“Ramai yang bertanya tentang keadaan saya sekeluarga sebab kata mereka ada kejadian gempa bumi di Bali. Saya pun tak tahu cerita sehinggalah ada seorang kenalan tanya sama ada saya okey atau tidak.

“Sebenarnya saya tak rasa pun gegaran gempa bumi tersebut kerana berada jauh. Alhamdulillah saya dan keluarga baik-baik sahaja,” katanya dalam sebuah video di Instagram.

Nurul dan keluarganya berhijrah ke Bali sejak 19 September lalu dan tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Canggu manakala lokasi kejadian gempa bumi itu pula berlaku di timur laut Banjar Wanasari.

Dilaporkan tiga individu disahkan terkorban dalam satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi tadi.

Gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here