Idris senada dengan Mufti Pulau Pinang, minta nama arak Timah ditukar

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634444543597","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad bersetuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, supaya syarikat pengeluar menukar segera jenama ‘Timah’ berserta gambar yang digunakan dalam produk itu.

Idris berkata, penggunaan nama itu boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama serta bersifat provokasi yang tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

“Soal arak ini untuk orang bukan Islam bagi agama dia nak minum itu soal dia tetapi bagi orang Islam, merupakan satu perkara (arak) yang tidak boleh kita minum.

“Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujud normalisasi baharu, yang ini kita bimbang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 2021 hari ini.

Selain itu, Idris berkata, beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan antaranya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu tersebut.

Semalam, Wan Salim menggesa kerajaan supaya mengarahkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan, untuk segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan yang tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama ‘Timah’ berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here