Tiada yang serius – Shabery Cheek

0
2
PUTRAJAYA 26 APRIL 2018. Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sidang media selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Chen Gang di Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, Putrajaya. NSTP/ABD RAHIM RAHMAT

TINDAKAN Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan menerima empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang ‘melompat’ dengan menarik sokongan hingga tumbangnya kerajaan negeri, terus mendapat kecaman.

Kali ini daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mempersoalkan keseriusan pembangkang dalam menangani isu ‘lompat parti’ yang dilihat merosakkan sistem demokrasi di Malaysia.

“Ingatkan dulu dah sepakat nak keluarkan acara lompat melompat dari ‘Sukan Malaysia’.

“Nampaknya kena lupakan reformasi Parlimen yang dicanangkan. Tak ada yang serius,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

PH pada 13 September lalu, menandatangani Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan dan antara perkara dipersetujui adalah mengenai Rang Undang-undang berkenaan Anti-Lompat Parti.

MoU itu ditandantangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan empat wakil ketua-ketua parti PH, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim; Lim Guan Eng; Mohamad Sabu; serta Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Perjanjian itu dilihat kini tergugat apabila PH dikatakan menerima empat bekas ADUN iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas); Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here