Sajjad: PDRM akan dapatkan pengesahan Australia

0
1

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan memberi penerangan pada sidang media selepas sesi lawatan kerja di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

BUKIT Aman akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bahawa usahawan itu kini sudah menetap di sana.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa negara berkenaan berhubung perkara itu.

“Kita tidak dapat sahkan lagi (Sajjad) berada di Australia). Kita akan rujuk dan dapatkan pengesahan dahulu.

“PDRM akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia sebelum menentukan sebarang tindakan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Terdahulu, Nur Sajat menerusi Instragram Live mendakwa dia sudah berada di Australia.

Lelaki itu juga memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan Kerajaan Australia, ketika sesi siaran langsung menerusi laman sosial itu.

Sebelum ini media melaporkan, Sajjad ditahan Imigresen Thailand pada 8 September lalu, kerana memiliki pasport tidak sah.

Usahawan itu kemudian dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara itu.

Muhammad Sajjad didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September, bagaimanapun dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan selain diarah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Ketika berada di Thailand, dia sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here