Pemuda Umno buat perencanaan rapi dekati pengundi muda, baharu

0
2

KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yakin dengan kekuatan idealisme dan kekukuhan rohani, sayap penting dalam parti itu dapat mengembalikan maruah Umno.

Menurutnya, dua faktor berkenaan sahajalah yang mampu membangunkan generasi kepimpinan pewaris perjuangan Umno.

Bagi tujuan itu, beliau mengadakan program Retreat Pergerakan Pemuda Umno dan kali ini membabitkan Pemuda Umno Terengganu, di Tasik Kenyir pada hujung minggu lalu.

“Selepas Sabah, saya meneruskan dan meluangkan masa bersama dalam program Retreat Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu yang melibatkan lima kepimpinan utama setiap Pemuda bahagian seluruh Terengganu.

“Selain menikmati keindahan alam flora dan fauna di Tasik Kenyir selama dua hari satu malam di atas House Boat Razna dan Quinara secara santai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, pengisian program berkenaan difokuskan kepada aspek pemantapan rohani, idealisme perjuangan dan perencanaan rapi untuk mendekati pengundi-pengundi muda dan baharu.

“Insya-Allah dengan kekuatan idealisme dan kekukuhan rohani sahajalah mampu membangunkan generasi kepimpinan pewaris perjuangan yang berupaya mengangkat kembali maruah Umno dengan inti perjuangan yang murni dan sejati,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here