Sajjad bahagia di Australia, mengaku talak tiga dengan Malaysia

0
2

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengesahkan tidak akan menjejakkan kakinya lagi di bumi Malaysia.

Malah, Sajjad tampil berani dengan menyifatkan dirinya umpama telah dijatuhkan talak tiga dan tidak mungkin kembali ke Malaysia.

Dalam perkongsian di Instagram live, Sajat memaklumkan yang dirinya sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan telah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu.

Kata Sajjad, Australia membuka lembaran baru hidupnya dan sedang merancang membuka perniagaan untuk membantu rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia di bawah perniagaannya kelak.

Sajjad turut memaklumkan, semua perniagaannya di Malaysia sudah pun dijual, beberapa perancangan untuknya survive di negara tersebut telah dirangka yang salah satunya adalah membuka kembali perniagaannya semula di Australia.

Ditanya apakah perasaan ketika ini selepas berada di negara terbabit, Sajjad mengakui sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi dirinya sendiri.

Menjawab soalan tentang agama, usahawan terbabit menjelaskan yang isu itu adalah satu perkara peribadi dan dia sama sekali tidak mahu mengulas kerana baginya biarlah dia menjalankan kewajiban sebagai umat Islam mengikut caranya sendiri.

Malah, Sajjad memberitahu yang dia sama sekali tidak akan mengaku berkenaan jantina walaupun sehingga ke lubang kubur sekali pun kerana padanya dia tetap wanita.

Katanya, setiap orang tidak ada hak untuk memaksa dirinya menjadi orang lain, dia sangat kecewa terhadap mereka yang memintanya berubah secara luaran sedangkan dalamannya adalah seorang wanita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here