Zul Yahya, Rita kecam kenyataan KJ mahu ‘susahkan’ antivaksin

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634454153039","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

KENYATAAN tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang bertekad mahu berterusan ‘menyusahkan’ kehidupan kumpulan antivaksin, telah menarik perhatian dua artis tanah air.

Zul Yahya dan Rita Rudaini yang tegar menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, telah menyuarakan pendapat mereka di laman sosial yang mengecam kenyataan Menteri Kesihatan itu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Zul Yahya berkata golongan menolak vaksin bukanlah penjenayah atau pengganas yang perlu disekat kebebasan untuk hidup dengan baik.

Jelasnya, ada di antara mereka terdiri daripada orang-orang alim yang memberi sumbangan membantu negara serta rakyat.

“Makna ikhtiar itu luas @khairykj. Simpan perkara ini sampai ke akhirat. InsyaAllah kamu menuntut di dunia, kami menuntut di akhirat,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Rita Rudaini turut memberi respon terhadap usaha kerajaan yang tidak mahu kumpulan antivaksin ‘hidup senang’.

Menurut Rita, sebagai ‘prosafe’ dia berhak menyuarakan hak sebagai rakyat Malaysia yang turut sama membayar cukai seperti individu lain.

Rita juga mempersoalkan adakah dia dianggap melawan kerajaan hanya kerana bersuara mengenai haknya.

“Jadi antivaksin ke prosafe ke saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, bayar roadtax, bayar cukai pintu, bayar macam-macam lagi.

“Takkan bersuara pasal hak pun dikatakan melawan kerajaan? Kita bukan buat jenayah apatah lagi menghasut cuma?” katanya di Instagram.

Semalam, selain tidak dibenarkan merentas negeri, Khairy Jamaluddin menegaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin akan mewajibkan golongan menolak vaksin menjalani ujian calit Covid-19 secara mingguan. Kos ujian itu tidak akan ditanggung kerajaan.

Khairy menegaskan, meskipun vaksin tidak diwajibkan, namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada kumpulan terbabit kerana mereka memilih untuk menolak vaksin.

“Kita akan ‘menyusahkan’ hidup kumpulan antivaksin supaya mereka berterusan tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here