PDRM siasat cubaan seludup dadah RM431 juta ke Australia

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penahanan seorang warga tempatan yang cuba menyeludup dadah ke negara terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Razarudin Husain berkata suspek dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke negara itu.

“Pihak JSJN Bukit Aman kini sedang bekerjasama dengan AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Segala tindakan perlu akan diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman kepada negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here