PRN Melaka: BN akan bincang agihan kerusi bersama komponen

0
2
grafik

BARISAN Nasional (BN) akan berunding dengan semua parti komponen untuk membincangkan soal agihan kerusi sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perbincangan itu bergantung kepada pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pilihan raya berkenaan esok.

“Kita (BN) belum ada formula khusus untuk membincangkan dari segi kedudukan pembahagian kerusi ini kerana setiap pilihan raya mempunyai keistimewaan tersendiri.

“BN hanya akan mengadakan pertemuan dengan semua pimpinan parti dalam komponen untuk membincangkan pembahagian kerusi sekiranya pilihan raya diadakan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Zambry berkata, jika PRN Melaka diadakan, BN akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Calon akan ditentukan kepemimpinan negeri dan akan diumumkan pemimpin pusat nanti, itu pun bergantung kepada pengumuman pihak SPR terlebih dahulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here