91.5% populasi dewasa lengkap vaksin

0
2

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 91.5 peratus membabitkan 21,430,294 individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, sebanyak 95.1 peratus atau 22,265,430 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 22,146,626 individu atau 67.8 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala, sebanyak 75.7 peratus atau 24,715,782 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 716,332 atau 22.8 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak 128,347 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 15,421 dos pertama dan 109,745 dos kedua.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 46,761,751 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here