Belasah Watford, Liverpool pamer aksi lima bintang

0
2

LIVERPOOL mempamerkan aksi lima bintang apabila membelasah Watford 5-0 di gelanggang lawan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini. 

Berkunjung ke Vicarage Road, Liverpool tidak menghadapi masalah untuk mendahului pasukan baru yang dibimbing
Claudio Reneiri seawal minit kesembilan melalui penyerang Sadio Mane. 

Lebih manis, Mohamed Salah membantu Mane mencetak  gol EPL ke-100 beliau menerusi hantaran cantik yang mengelirukan pertahanan Watford. 

Menariknya, Mane menjadi pemain ketiga menjaringkan 100 gol tanpa sebarang penalti dalam proses tersebut selepas Les Ferdinand dan Emile Heskey. 

Liverpool melebarkan kedudukan 2-0 menerusi Roberto Firmino pada minit ke-37 yang mudah menyempurnakan hantaran lintang James Milner. 

Pasukan tuan rumah telah melakukan beberapa pertukaran pada babak kedua, namun penguasaan Liverpool seolah-olah tidak dapat dibendung. 

Firmino sekali lagi tampil menerusi gol pada minit ke-52 sekali gus menjadikan kedudukan 3-0.

Belum pun sempat Watford bernafas, ayam tambatan Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah menambah derita anak buah Reneiri selang dua minit kemudian untuk menjadikan pelawat selesa mendahului 4-0. 

Ketika perlawanan bakal berakhir 4-0,  Firmino sekali lagi merobek gawang Watford seminit sebelum wisel penamat ditiupkan, sekali gus muncul pemain Liverpool pertama mencatat hatrik pada kempen EPL musim ini. 

Susulan kemenangan ini, Liverpool terus melebarkan rekod tanpa kalah dan menduduki singgahsana EPL dengan 18 mata. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here