‘Tolong bubar segera MPN’ – Zamil

0
2

TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim menggesa kerajaan untuk segera menbubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Beliau berkata, peranan pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membawa manfaat kepada pemulihan negara, kerana beliau sebelum ini dilihat gagal untuk memimpin negara dalam menangani pandemik Covid-19.

Justeru, beliau menyifatkan ia satu pembaziran kepada kerajaan, yang sebaliknya sudah mempunyai Menteri dalam menangani pandemik Covid-19 ini.

“Jika nak lihat negara lebih maju ke hadapan, saya minta kerajaan kini tolong bubar segera Majlis Pemulihan Negara (MPN). Lantik pemimpin gagal untuk pulih negara, nak pulih macam mana?

“Kos ubah suai Seri Perdana pun sampai RM30 juta. (ia adalah) Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Perkara ini) yang didedahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen baru-baru ini,” katanya.

Menguas lanjut, Zamil berkata, usaha pemulihan negara sewajarnya diberikan kepada kerajaan sedia ada.

“Saya minta tolong bubar segera MPN! Biar kerajaan yang ada sekarang ini yang pimpin untuk pulih negara. Saya melihat satu gambar tempoh hari, Muhyiddin mempengerusikan MPN, dua atau tiga Menteri Kanan dalam itu.

“Jadi apa peranan Menteri Kanan itu? Sepatutnya mereka yang termasuk menteri yang pulihkan negara.

“Tapi ada majlis lain pula untuk apa? Nak buang duit negara sahaja? Pemimpin ini (Muhyiddin) ini dah gagal, kenapa lantik beliau sebagai Pengerusi MKN,” katanya menerusi video di Facebook miliknya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here