PM doakan rakyat pulang kampung dengan selamat

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap rakyat dapat menikmati pencapaian dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berhemah dan saling menjaga antara satu sama lain.

Beliau berkata, Malaysia sudah semakin kehadapan dengan tiada lagi negeri yang berada di Fasa 2 ketika ini.

“Semakin di hadapan. Tiada lagi negeri yang berada di Fasa 2 ketika ini. Seperti yang ditunggu-tunggu juga, Lembah Klang kini di Fasa 4 bersama Melaka.

“Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula beralih ke Fasa 3,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, Perdana Menteri mendoakan mereka yang mahu balik kampung dapat pulang dengan selamat.

“Yang pulang ke kampung, saya doakan selamat semuanya. Kita sama-sama nikmati pencapaian ini dengan penuh hemah dan menjaga satu sama lain,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan peralihan fasa berkuat kuasa 18 Oktober ini bagi Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia diikuti Melaka dan Lembah Klang (Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor) daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 PPN.

Beliau berkata, peralihan fasa itu mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here