78% pemulihan bekalan air di Lembah Klang

0
2

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Lembah Klang yang terjejas telah mencapai tahap 78 peratus, setakat jam 3 petang tadi.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengetahui status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh layari laman web hentitugas.airselangor.com,” menurut kenyataan itu.

Pada 1 Oktober lalu, Air Selangor mengeluarkan notis berhubung henti tugas LRA Sungai Selangor Fasa 1 bagi memudahkan penduduk di kawasan terlibat membuat persediaan termasuk menadah air secukupnya untuk kegunaan tiga hari.

Air Selangor turut memaklumkan penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air, bermula hari ini.

Antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here