Pemulihan bekalan air di Lembah Klang capai 68%

0
2
air selangor

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Lembah Klang yang terjejas telah mencapai tahap 68 peratus, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Justeru, pihaknya berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas lancar seperti dijadualkan.

“Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Air Selangor pada jam 9 pagi tadi, memaklumkan daerah Shah Alam hampir pulih sepenuhnya dengan mencatatkan kadar pemulihan tertinggi iaitu 92.3 peratus, diikuti Hulu Selangor (89.3 peratus), Kuala Selangor (75.6 peratus), Petaling (73.3 peratus) dan Gombak (59.9 peratus).

Manakala, Klang mencatatkan kadar pemulihan sebanyak 7.1 peratus sementara Kuala Lumpur dan Kuala Langat, masing-masing tidak berubah (0 peratus). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here